Thursday, August 25, 2011

Sekali Hati Terluka , Selamanya ia berdarah.......

Bulan Ramadan bulan yang mulia, banyak doa dan banyak dugaan, begitu juga dengan aku. sebagai manusia biasa baik isteri atau suami tentu mempunyai kekurangan dan kesalahan. Aku juga tentunya bukan
wanita sempurna . Hubungan aku dan suami melalui banyak dugaan dan aku terima ketentuan takdir 
dengan pasrah.....

Tatkala suami ku mementa izin kawin satu lagi, aku jadi terlalu sebak hingga tidak dapat mengeluarkan kata2
suami beralasan bahawa dia mampu , ada kah aku mengabaikan suamiku, sekalipun bukan niat
sengaja, semuanya terjadi tanpa di sedari...

Aku tidak dapat menolak kerana jika di sangkah dia akan kawin juga dan merasa layak untuk berpoligami.
Hakikat itu nyata dan tidak boleh dipertikaikan.

Hati aku benar2 terluka, lalu aku lepaskan suamiku membuat keputusan sendiri.Jika benar dia mampu
untuk berpoligami sebagai menghalalkan hubungan mereka. Namun kalau dia hanya menjadikan
mampu alasan untuk berkawin lagi tanpa bertimbang rasa perasaan aku dan tidak berlaku adil terhadap aku, aku harap Tuhan memberi balasan sewajarnya...

Selepas kawin lagi, aku akur, komunikasi suami isteri tidak lancar dan keadaan bertambah burukkan
keadaan dalam rumah tangga aku.

Aku reda dimadukan .tetapi dalam reda itu Allah tetap menurunkan ujianNYA . Aku faham Allah
adalah menentukan sejauh mana aku reda. Aku tidak lupa jika benar aku reda, ikhlas dan lakukan demi
mencari keredaan Allah semata mata, balasan pahala sangat besar ganjarannya.

Tetapi aku manusia biasa , hanya aku boleh kata 'Ya'  aku reda tapi hati sering memberontak dan
sakit hati.Walaupun aku memaafkan suami tetapi akan selalu muncul perasaan berjauh hati, sering
 terpingir dan akhirnya aku  menangis sendiri.

Pernah terfikir kan lebih baik aku hidup sendiri daripada aku hidup penuh dengan kemunafikan dan kusyuk beribadah memohon keamponan. Aku pernah bercakap ingin berpisah, kerana dia sudah dapat
apa yang dia mahu. aku jujur meluahkan perasaanku, walaupun tahu jujur juga menyakitkan aku.

Aku ingin hidup sendiri walaupun umur bukan muda lagi, Aku tidak mahu hidup dengan penuh
 kepurapuraan. Aku ingin mencari bekal untuk mati dan tidak mahu memikirkan masaalah duniawi.
Tapi aku tahu suami ku tidak akan melepaskan aku dengan mudah. Dia tidak akan mahu berpisah
sekalipun hati aku tercalar dengan perbuatanya. kerana apa?

Kerana suamiku kini berdepan dengan kerenah isteri mudanya. Akhirnya kepangkuan aku dia sandarkan harapan. Mohon kesihan dan pengertian dan untuk menambat semula hati aku yang terluka , dia
berusaha untuk kearah itu.....

Setiap kali menatap wajahnya yang tua sedang nyenyak tidur , hati aku terusik . Entah berapa lama lagi
kami akan hidup bersama didunia ini. Mengenangkan itu, perasaan bersalah terus menghimpit
jiwa aku yang lara ini, namun kerana hati sudah terluka, susah untuk aku memujuk hati sendiri.
Aku hanya berserah kepada Allah dan mohon diberikan NYA kekuatan menempuh hari hari
mendatang. Sekali hati terluka , selamanya in berdarah....

Ya Allah berikanaku kekuatan fizikal dan mental......akan ku habis kan sisi hidup ku dan aku
harap dipenghujung umur ku ini ada rahmat dan keberkatan yang akan aku dapat .

Aku juga mohon pada Ilahi agar aku mendapat kebahagiaan di dunia dan akirat... Amin

Monday, August 22, 2011

Mana-mak...??


"Mana Mak?':x lovestruck
 
Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu
 balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau
 tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab 
penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak
 Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah  menonton tv.  Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?":x lovestruck

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 

Ateh  menjawab, "Entah." 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?":x lovestruck
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. 
Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. 
Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?":x lovestruck
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan
 tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. :x lovestruck

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di
 padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana
 semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.:x lovestruck

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
:x lovestruck
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja
 sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung 
tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik.
 Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan 
daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. 
Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat.
 Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala 
anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan
 menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.:x lovestruck

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun
 apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak.
 Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak.
 Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. 
Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. :x lovestruck

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian
 Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu
 untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda,
 "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.":x lovestruck

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira 
menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
 hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak 
Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.:x lovestruck

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.:x lovestruck

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci.
 Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. :x lovestruck

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira 
 dan  berlari mendakapnya seperti dulu. :x lovestruck

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak
 akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak
 di meja makan  setiap malam.Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi
 ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak
 lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon
 suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. 
Tapi Uda kata semua tak  berangkat." :x lovestruck

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan.
 Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan 
menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta
 barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.:x lovestruck
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah
 susahkan 
anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing.
 Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka 
sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka."
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan 
Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. :x lovestruck
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
:x lovestruck
Beberapa tahun kemudian:x lovestruck
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. :x lovestruck

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. 
 Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan 
tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak
 datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.:x lovestruck
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. 
Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi
 semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. :x lovestruck

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan
 kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. :x lovestruck
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang
 sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak
 yang akan menjawab soalan Ayah,"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?",
 "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
 jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil
 tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa 
di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi
 kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" ":x lovestruck

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut
 dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. 
Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh 
bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.":x  lovestruck

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    :x lovestruck

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan 
"Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. :x lovestruck

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang 
hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw.
 ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan 
dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa 
kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?
 
 

Wednesday, August 17, 2011

Petua hilang ngantuk ketika memandu



Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt
balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan
merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh
mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu,
kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika
terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan
anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.
Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi
boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan
ayat tersebut berbunyi...

LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM...
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR)
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah
dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu
memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat
BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MAASMIHI SYAIUN FIL
 ARDHI WALA FISSAMAA WAHUWASSAMIUN ALIIMM 3X.
SELAMAT MENCUBA !! SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA 
UNTUK MANAFAAT BERSAMA.




Tuesday, August 16, 2011

Pesan Dato Dr Fazilah kamsah


 
 

Subject:  Pesan Dato Dr Fazilah kamsah
 
 
 


 
 
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu 
( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya 
pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak
 meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
 (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang 
tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun 
ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah
 tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk
 guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita 
(berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, 
akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma
 jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala
 nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan,
 kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,  rezeki itu bukan
 kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba
.Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !
A

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan 
meneruskan kalimat ini . Ke rakan Dan saudara sekalian, 
Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka.
 ..Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu...
Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar
 pemikiran saya... Subhanallah! Alhamdulillah.

.
 
 


 
 
 






 












Thursday, August 11, 2011

Roh Di bulan Ramadhan



Roh di Bulan Ramadhan     :) happy

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz 
memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh 
yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak
dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang
adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.
Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan 
kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di
penjara di Luh Mahfuz.:x lovestruck

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka
 lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk
melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah
 anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka
mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan 
harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah
untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari
Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula 
ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh
mereka2 yang masih hidup.:) happy

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur 
membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.
Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu 
dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat
bekalan dari orang-orang yang masih hidup.:) happy

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada
kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati
seseorang anak adam itu, terputus ia semua
hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan
sedekah amal jariah. Sebarkan e-mail
dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan 
mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak
 meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan
kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika
anda melakukan dengan ikhlas
insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari
berlumba dalam kebaikan.
 
:) happy   :) happy   :) happy   :) happy   :) happy   :) happy   :) happy   :) happy