Bulan Ramadan bulan yang mulia, banyak doa dan banyak dugaan, begitu juga dengan aku. sebagai manusia biasa baik isteri atau suami tentu mempunyai kekurangan dan kesalahan. Aku juga tentunya bukan
wanita sempurna . Hubungan aku dan suami melalui banyak dugaan dan aku terima ketentuan takdir
dengan pasrah.....
Tatkala suami ku mementa izin kawin satu lagi, aku jadi terlalu sebak hingga tidak dapat mengeluarkan kata2
suami beralasan bahawa dia mampu , ada kah aku mengabaikan suamiku, sekalipun bukan niat
sengaja, semuanya terjadi tanpa di sedari...
Aku tidak dapat menolak kerana jika di sangkah dia akan kawin juga dan merasa layak untuk berpoligami.
Hakikat itu nyata dan tidak boleh dipertikaikan.
Hati aku benar2 terluka, lalu aku lepaskan suamiku membuat keputusan sendiri.Jika benar dia mampu
untuk berpoligami sebagai menghalalkan hubungan mereka. Namun kalau dia hanya menjadikan
mampu alasan untuk berkawin lagi tanpa bertimbang rasa perasaan aku dan tidak berlaku adil terhadap aku, aku harap Tuhan memberi balasan sewajarnya...
Selepas kawin lagi, aku akur, komunikasi suami isteri tidak lancar dan keadaan bertambah burukkan
keadaan dalam rumah tangga aku.
Aku reda dimadukan .tetapi dalam reda itu Allah tetap menurunkan ujianNYA . Aku faham Allah
adalah menentukan sejauh mana aku reda. Aku tidak lupa jika benar aku reda, ikhlas dan lakukan demi
mencari keredaan Allah semata mata, balasan pahala sangat besar ganjarannya.
Tetapi aku manusia biasa , hanya aku boleh kata 'Ya' aku reda tapi hati sering memberontak dan
sakit hati.Walaupun aku memaafkan suami tetapi akan selalu muncul perasaan berjauh hati, sering
terpingir dan akhirnya aku menangis sendiri.
Pernah terfikir kan lebih baik aku hidup sendiri daripada aku hidup penuh dengan kemunafikan dan kusyuk beribadah memohon keamponan. Aku pernah bercakap ingin berpisah, kerana dia sudah dapat
apa yang dia mahu. aku jujur meluahkan perasaanku, walaupun tahu jujur juga menyakitkan aku.
Aku ingin hidup sendiri walaupun umur bukan muda lagi, Aku tidak mahu hidup dengan penuh
kepurapuraan. Aku ingin mencari bekal untuk mati dan tidak mahu memikirkan masaalah duniawi.
Tapi aku tahu suami ku tidak akan melepaskan aku dengan mudah. Dia tidak akan mahu berpisah
sekalipun hati aku tercalar dengan perbuatanya. kerana apa?
Kerana suamiku kini berdepan dengan kerenah isteri mudanya. Akhirnya kepangkuan aku dia sandarkan harapan. Mohon kesihan dan pengertian dan untuk menambat semula hati aku yang terluka , dia
berusaha untuk kearah itu.....
Setiap kali menatap wajahnya yang tua sedang nyenyak tidur , hati aku terusik . Entah berapa lama lagi
kami akan hidup bersama didunia ini. Mengenangkan itu, perasaan bersalah terus menghimpit
jiwa aku yang lara ini, namun kerana hati sudah terluka, susah untuk aku memujuk hati sendiri.
Aku hanya berserah kepada Allah dan mohon diberikan NYA kekuatan menempuh hari hari
mendatang. Sekali hati terluka , selamanya in berdarah....
Ya Allah berikanaku kekuatan fizikal dan mental......akan ku habis kan sisi hidup ku dan aku
harap dipenghujung umur ku ini ada rahmat dan keberkatan yang akan aku dapat .
Aku juga mohon pada Ilahi agar aku mendapat kebahagiaan di dunia dan akirat... Amin
No comments:
Post a Comment