Pizza.. oh pizza..
Aku ni suka PIZA.... tapi ingat2 la.. SEMALAM
bar makan PIZA..
Kalori Dalam Sepotong Pizza kandungan kalori dalam sepotong pizza? Jika dilihat dari segi saiz potongannya, bukanlah besar sangat. Malah isinya juga kelihatan tidak berminyak.Kita mungkin merasakan bahawa ia bukanlah satu makanan yang mampu menggemukkan. Namun di sebaliknya, tahukah anda berapa kalori yang tersembunyi untuk sepotong pizza yang bersaiz sederhana? Ikuti fakta berikut:- Jumlah Kalori Berdasarkan 'Topping' Pilihan Anda:- Pepperoni Feast 352 kcal Super Supreme 331 kcal Meat Feast 327 kcal Supreme 309 kcal Cheese Feast 299 kcal Chicken Feast 283 kcal Country Feast 279 kcal Spicy, Hot One 274 kcal Cajun Chicken 273 kcal Chicken Supreme 273 kcal Vegetable Supreme 273 kcal Hawaiian Chicken 222 kcal Bagaimana sekarang? Terkejut atau terasa leceh untuk mengawal selera? Jangan risau. Anda masih mampu menikmati makanan kegemaran ini sesekali dan bila anda menikmatinya, anda masih mampu membakar kalori itu semula. Berikut adalah saranan aktiviti bagi membantu anda membakar kembali kira-kira 300 kalori yang telah anda nikmati:- 1. Berjalan kaki dengan kelajuan minima selama 50-55 minit tanpa henti. 2. Bermain kasut roda selama 30-35 minit. 3. Lakukan aerobik berintensiti rendah selama 40-45 minit. 4. Berbasikal di taman perumahan anda selama 30 minit. 5. Mengubah susun atur perabot berat di ruang tamu atau bilik tidur selama 35 minit. 6. Bermain badminton atau tenis selama 45 minit. 7. Berjogging selama 30 minit. 8. Berkebun selama 45 minit. 9. Lakukan 'kick-boxing' selama 20 minit. 10. Berenang selama 25 minit. 11. Menari mengikut rentak lagu yang rancak selama 45 minit. Awas : Jangan lupa untuk melakukan aktiviti 'cool down' selama 5 minit setelah selesai melakukan mana-mana aktiviti di atas. Regangan ringan tersebut dapat membantu menstabilkan kembali kadar denyutan jantung anda di samping meredakan kembali otot-otot yang telah bekerja tadi. |
No comments:
Post a Comment