Monday, March 21, 2011

ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..





                  Utk pengetahuan bersama.
TAJUK:  ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN 
DAH DI IJABKABUL..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN 

SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN 
TERUSAN DLM KEJAHILAN.

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.


Perkahwinan  seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga 
biasanya  memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
 luar nikah, cepat cepat  kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan
 itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila....

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak 

persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
 bersama anda di  sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya 
seorang gadis belum berkahwin didapati hamil 
anak luar  nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga
 bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu 
bersedia  mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga 
bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka 
berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang 
lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil,
 walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang 
dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan 
mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
 melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah
 sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak 
diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk 
menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu

bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu 
bermakna dia bukan mahram kepada anak 
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan 

seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin
bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan 
yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
 perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.>

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di 
dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu 
kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
 anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan 
keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan 
tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, 
org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan
 saksi-saksi yang tahu akan keadaan 
tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan 
 atau membenarkan pernikahan tersebut 
diteruskan maka mereka juga tidak terlepas 
daripada menanggung azab Dan seksaan 
samada didunia atau pun diakhirat....


Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku 
Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan
 sekalian  alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU. .. .INSAFI LAH DIRI.







No comments:

Post a Comment