Friday, March 18, 2011

Tabiat Rosakkan Otak


 

 

Assalamualaikum kawan2 semua.......semoga sihat dan bahagia selalu

1. Tidak mengambil sarapan pagi   
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan 
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Penggunaan gula yang berlebihan  
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

4. Pencemaran udara 
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

5. Terlebih tidur  
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

6. Menutup muka ketika tidur  
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

7. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat 
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

8. Kurang berimiginasi  
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

9. Jarang berfikir  
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Semoga memberi menafaat kepada kita semua  

 


No comments:

Post a Comment